Sijil Peningkatan Guru Al-Quran (SPGQ)
  • Pengenalan
  • Struktur Kursus
  • Jadual Pengajian
Pengenalan

Program Sijil Peningkatan Guru Al-Quran (SPGQ) merupakan sebuah program pendidikan berterusan yang ditawarkan oleh PERGERAQ bagi calon guru-guru al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam tempatan.
Ia merupakan satu program peningkatan yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam mengukuhkan lagi ilmu-ilmu dasar yang berkaitan dengan al-Quran. Dengan mengambil pendekatan yang berteraskan kemahiran (skill based), program ini diharap dapat mempersiapkan peserta secara seimbang dalam dunia pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

Gabungan pembelajaran:

  • Pembelajaran ‘Online’ 70%
  • Pembelajaran langsung (classroom) 30%

Melengkapkan peserta dengan:

  • Pengetahuan asas berkenaan ilmu-ilmu al-Quran
  • Program peningkatan kepada peserta yang telah mempunyai asas pendidikan al-Quran
  • Kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang bersesuaian dengan konteks dan keperluan semasa

Penilaian akan dijalankan dalam dua cara:

  1. Penilaian secara berterusan (continuous assessment).
    Pelajar akan diminta untuk membaca teks pelajaran, berkongsi kefahaman daripada bahan bacaan yang diberikan dan menganalisa teks. Tujuan penilaian berterusan ini adalah untuk mengukur pencapaian pelajar dan memastikan mereka dapat mengikuti pelajaran dengan lebih efektif.
  2. Penilaian di akhir setiap penggal.
    Soalan yang diajukan adalah dalam bentuk tulisan dan sebahagian modul dalam bentuk lisan. Ia membantu pensyarah menilai kebolehan dan merekodkan pencapaian pelajar dalam bentuk markah dari masa ke masa agar pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Hasil Yang Ingin Dicapai

Struktur Kursus
No. Tajuk Modul Kod Kursus Jam Pertemuan Jangka masa (Minggu)
1 Pengenalan Kepada Ulum Al-Quran PQ 101 24 8
2 Fiqh Ibadah FQ 101 24 8
3 Asas Tafsir Al-Quran 2 – Ayat Aqidah TF 102 24 8
4 Adab Fi Hamlatil Quran AHQ 103 24 8
5 Asas Ilmu Tajwid Al-Quran TJ 101 36 12
6 Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran KP 101 12 4
7 Asas Bahasa Arab Al-Quran 1 AR 201 24 8
8 Asas Bahasa Arab Al-Quran 2 AR 201 24 8
9 Talaqqi Musyafahah 1: Al-Quran Juz 1-5 TT 101 30 10
10 Hafazan Surah Al-A’la Sehingga Surah An-Nas TT 101 30 10
Jumlah Modul 10
Jumlah Jam Pertemuan/Minggu 252 84
Jadual Pengajian

Tahun pertama Modul yang di tawarkan
Semester satu : 4 modul
Semester dua : 3 modul
Semester tiga : 3 modul
Jumlah Keseluruhan : 10 modul*

* Jangka masa pengajian akan berubah mengikut jumlah modul yang dipilih oleh setiap peserta pada setiap semester.

Masa Pengajian 
Hari   Masa   Sesi  Jam Pertemuan 
Sabtu  2.30ptg-5.30ptg  1  3 
Khamis  6.30ptg-9.30mlm  1  3 
Rabu  6.30ptg-9.30mlm  1  3 
Isnin  6.30ptg-9.30mlm  1  3 

Sijil Peningkatan Guru Al-Quran (SPGQ) (10 modul)
Peringkat Asas (10 modul)

Yuran

$125

(x 12 bulan - Pakej)

Tempoh

61 Minggu
Seminggu 2x
3 Jam / Sesi

Syarat kemasukan

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai kebolehan menulis
  • Mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu
  • Melibatkan diri secara berkesan dalam program dan semasa penilaian

Kumpulan sasaran

SPGQ terbuka kepada semua guru al-Quran yang berminat untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu al-Quran dan berusaha untuk mendapatkan pengiktifaran peringkat nasional. Peserta yang berminat untuk menjadi guru al-Quran juga digalakkan untuk mendaftar dalam program ini bagi mempelajari ilmu dan kemahiran asas dalam bidang ilmu-ilmu al-Quran.

Kursus-kursus lain

Ada pertanyaan?

6348 7057

Boleh kami bantu?

pergeraqsgp@gmail.com

Alamat Kami
218E Changi Road
#03-10 PKMS Building
Singapura 419737

Waktu operasi pejabat

Isnin-Jumaat: 9.00 pg- 5.00 ptg

Sabtu & Ahad: Tutup