Alhamdulillah, pada tanggal 12 April 2021 bersamaan 29 Sya’aban 1442H, PERGERAQ telah menyerahkan $20,000 kepada LBKM sebagai sumbangan pertama bagi penubuhan ‘Biasiswa Al-Quran dan Qira’at - PERGERAQ’.


PERGERAQ telah melantik LBKM sebagai badan yang akan mentadbir dan mengagihkan biasiswa itu kepada pelajar yang layak. Setiap biasiswa bernilah $5,000. Permohonan akan dibuka pada bulan June 2021, insyaAllah.


Biasiswa ini bertujuan membantu melahirkan lebih ramai ilmuan dan pakar dalam bidang Al-Quran dan Qira’at. Kami berharap para penerima biasiswa itu nanti bukan saja dapat membantu meningkatkan bilangan anggota masyarakat yang mahir membaca Al-Quran, malah bilangan yang memahaminya juga.

Lantaran itu, PERGERAQ mengalu-alukan anda yang murah hati agar dapat memberikan sumbangan kepada Dana 'Biasiswa Al-Quran dan Qira’at-PERGERAQ'. Sumbangan anda pastinya dapat membantu mewujudkan lebih ramai ilmuan dan pakar dalam bidang Al-Quran dan Qira’at.

Anda boleh memberikan sumbangan dengan cara-cara tertera di sini.

PENERIMA BIASISWA AL-QURAN & QIRAAT PERGERAQ 2021

1.Nurul Insyirah Binte Zulhilmi

24

Universiti Sains Islam Malaysia, USIM

Bachelor of Quranic and Sunnah Studies (Hons), Year 2

17 Februari 2020

16 September 2023

2.Nur Zahirah Mohammed Fairoz

23

Universiti Sains Islam Malaysia, USIM

Bachelor's In Akidah And Religious Studies With Honours, Year 1

19 Oktober 2020

19 Oktober 2023

Ada pertanyaan?

6348 7057

Boleh kami bantu?

pergeraqsgp@gmail.com

Alamat Kami
218E Changi Road
#03-10 PKMS Building
Singapura 419737

Waktu operasi pejabat

Isnin-Jumaat: 9.00 pg- 5.00 ptg

Sabtu & Ahad: Tutup