Pergeraq telah ditubuhkan pada 4 Mei 2006 oleh pengasasnya Tuan Sadari Bin Musari, Tuan Abdul Halim Bin Shaik Abdul Kadir dan Almarhum Cikgu Latif Bin Taris. Sebuah Persatuan bantu diri dan dengan sokongan masyarakat yang dermawan dan anggota sekretariat yang berwibawa maka program-program Al-Quran tetap berterusan di Pergeraq. Hingga kini PERGERAQ dapat mencapai Visi “Kearah Masyarakat Islam Celik Al-Quran” bergandingan dengan Misi “Mempertingkatkan mutu bacaan pembaca dan pendidik Al-Quran berteraskan Ilmu dan Kemahiran”.

Sesuai dengan namanya, PERGERAQ menyediakan program-program Al-Quran dan pelbagai kursus yang terkini, seiring dengan keperluan masyarakat moden.

Alhamdullillah PERGERAQ telah banyak melahirkan guru-guru Al-Quran yang bertauliah dari peringkat asas hingga ke peringkat qiraat bersanad dan mereka telah memanfaatkan ilmunya kepada masyarakat Islam Singapura.

Visi & Misi

Visi

Ke Arah Masyarakat Islam Celik Al-Quran

Misi

Mempertingkatkan Mutu Bacaan Pembaca dan Pendidik Al-Quran Berteraskan Ilmu dan Kemahiran

Harapan Kami

OBJEKTIF PERSATUAN

Meningkatkan mutu pembacaan dan pembelanjaran masyarakat Islam setempat yang terdiri daripada guru Al-Quran dan umum masyarakat Islam.

AHLI YANG AKTIF

PERGERAQ terhutang budi kepada ahlinya yang giat aktif dalam menjayakan program dan aktiviti yang dianjurkan. Tanpa mengharapkan sebarang balasan, ahli PERGERAQ telah banyak memberi sumbangan dari segi kewangan mahupun tenaga. Namun, kami percaya PERGERAQ boleh melangkah lebih jauh dengan bertambahnya bilangan ahli. Justeru itu, sertai kami dan sama-sama kita memberi manfaaat.

Kempen Celik Al-Quran (KCQ)

Projek Kemasyarakatan

Lebih dari 10 tahun Pergeraq mengorak langkah mendekati sekumpulan masyarakat Islam yang kurang upaya dalam ekonomi dan kesihatan. Kempen Celik Al-Quran (KCQ) sebuah program ihsan di mana mereka ini dibantu agar belajar membaca Al-Quran dengan percuma dan dibimbing oleh para guru Al-Quran dari Pergeraq sendiri. Sejauh ini mereka juga diberi pembentangan asas Tajwid serta ujian. Ramai yang dah ke peringkat pembacaan Al-Quran.

Hingga kini Pergeraq telah menyeleraskan program KCQ di beberapa buah masjid dan badan bantu diri dengan purata 300 individu dibimbing agar berjaya dalam bacaan Al-Quran. Guru-guru pembimbing menerima bayaran dari dana yang terkumpul hasil derma dari masyarakat setempat. Maka itu Pergeraq senantiasa mengalu-alukan derma berterusan dari masyarakat agar matlamat Kempen Celik Al-Quran (KCQ) sama-sama dipikul ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing agar ramai lagi dapat dibimbing.

Ada pertanyaan?

6348 7057

Boleh kami bantu?

pergeraqsgp@gmail.com

Alamat Kami
218E Changi Road
#03-10 PKMS Building
Singapura 419737

Waktu operasi pejabat

Isnin-Jumaat: 9.00 pg- 5.00 ptg

Sabtu & Ahad: Tutup